Saturday, November 9, 2024

JENIS AYAT

Jenis ayat

Ayat penyata
- Ayat penyata disebut juga sebagai ayat berita.
- Ayat penyata diucapkan dengan tujuan untuk menyatakan atau memberitahu seseorang tentang sesuatu.
- Jika ayat penyata diucapkan dengan intonasi tanya, ayat itu akan berubah menjadi ayat tanya.
- Contoh ayat penyata:
    1. Ibu saya orang Johor.
    2. Dia belum makan nasi.
    3. Adik bermain badminton.
    4. Pisau itu sangat tajam.

Ayat tanya
-Ayat tanya ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk mendapatkan tindak balas atau respons iaitu jawapan tentang sesuatu yang ingin diketahui oleh orang yang bertanya.

a. Ayat tanya tanpa kata tanya
    1. Rumahnya besar?
    2. Bunga mawar itu harum?
    3. Kucing itu kucing awak?
    4. Dia pergi ke kedai?

b. Ayat tanya dengan unsur tanya
    1. Budak itu anak siapa?
    2. Semalam dia tidak hadir mengapa?
    3. Apakah di dalam beg kamu itu?
    4. Di manakah awak tinggal?

Ayat perintah
- Ayat perintah ialah ayat yang memberikan perintah atau arahan tentang sesuatu kepada orang yang mendengar, iaitu orang kedua.
- Ayat perintah terbahagi kepada lima iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan dan ayat ajakan.

a. Ayat suruhan
    1. Ahamad, lari cepat!
    2. Kejar kucing itu!
    3. Makanlah kuih ini!
    4. Berhati-hatilah apabila bercakap dengan dia!

b. Ayat larangan
    1. Awak jangan ke sana.
    2. Usahlah awak berdiri di situ.
    3. Dilarang bercakap.
    4. Jangan merokok di tempat awam.

c. Ayat silaan
    1.Silalah masuk dulu.
    2. Jemputlah datang ke rumah kami.
    3. Jemput singgah di rumah saya.

d. Ayat permintaan
    1. Tolong selamatkan dia.
    2. Saya mohon bantuan tuan.
    3. Minta anda bersabar sebentar.
    4. Tolong sebarkan maklumat ini.

e. Ayat ajakan
    1. Mari ikut saya ke sana.
    2. Marilah kita ke perpustakaan sekarang.
    3. Ayuh kita bertolak sekarang.
    4. Ayuhlah kita bertolak sekarang.

f. Ayat seruan
    1. Abang!
    2. Ibu!
    3. Aduh, sakitnya kakiku!
    4. Wah, cantiknya pemandangan di situ!

JENIS AYAT

Jenis ayat Ayat penyata - Ayat penyata disebut juga sebagai ayat berita. - Ayat penyata diucapkan dengan tujuan untuk menyatakan atau member...